Posted in News

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Menjelang Jun 2019, sebanyak 90 stesen LRT akan mempunyai mesin pintar layan diri tanpa tunai Iris 100Yen Express, yang bakal memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan kepada para pengguna sistem pengangkutan awam itu.

 

Kemudahan untuk para penumpang ini dibolehkan dengan kerjasama antara Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) dan Iris World International Group Berhad (Iris World Group), yang menjadi perintis dalam pasaran Perisikan Buatan dengan memperkenalkan kedai serbaneka dan hotel pintar tanpa pekerja di Malaysia.

Memorandum kerjasama antara PRIDE dan Iris World Group dimeterai semalam pada majlis yang diadakan di Nexus Bangsar South di sini dengan PRIDE diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Zulkifli Mohd Yusoff dan Encik Ng Choo Chong, yang merupakan Ketua Peruncitan dan Pengiklanan PRIDE. Iris World Group pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Chua dan Simon Yap, yang merupakan Ketua Pegawai Pembangunan Bisnesm Iris World Group.

Setakat ini mesin pintar berkenaan sudah ditempatkan di empat stesen LRT – KL Sentral, Pasar Seni, Hang Tuah dan Masjid Jamek. Melalui pemeteraian memorandum ini, Mesin Pintar Layan Diri Tanpa Tunai ini akan ditempatkan di 86 stesen-stesen lain yang bertrafik tinggi seperti keempat-empat stesen berkenaan.

Produk-produk yang ditawarkan di mesin-mesin berkenaan akan turut dipelbagaikan dengan para penumpang boleh membeli pelbagai barangan termasuk makanan segera, buah-buahan dan sayur-sayuran pada bila-bila masa sahaja dengan kemudahan pembayaran mudah alih.

Dengan sistem pembayaran tanpa tunai digunakan secara semakin kerap dan lazim oleh rakyat Malaysia, Iris World Group berasa optimis dengan perkembangan kaedah transaksi baru ini. Ia telahpun menjalinkan kerjasama dengan Axiata Digital Ecode Sdn Bhd untuk melancarkan ‘Boost App’ sebagai alat pembayaran utama.

Selain itu, Iris World Group juga akan bekerjasama dengan Community Marketplace Technology Sdn Bhd untuk melancarkan tidak lama lagi ‘MyRapidTap’, yang merupakan satu lagi aplikasi untuk membeli belah atas talian.

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart
error: Content is protected !!